Salam semua…
Alhamdullillah….segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Atas limpah rahmat nya, dapat saya update blog ini. Semalam (ahad 17/02/08)saya ada temujanji dengan salah seorang Regional Manager MAA Takaful iaitu…..tak perlu sebut nama la!. So, saya sampai di MAA HQ tepat pukul 2.00pm…kosong je kat lobby MAA tu…yer la, hari minggu mana la ada org. Yang ada staff pembersih bangunan adalah dengan security. Sebenarnya pertemuan itu adalah untuk membincangkan beberapa perkara khas utk MAA Takaful, yang akan memberi kebaikan kepada semua consultant yang berdaftar. Tak lama lagi akan ada satu contest (tak perlu beritau kat sini…), tapi yang pasti contest ini memang bagus. Tugas saya untuk menyiapkan multimedia presentation khas utk perkara tersebut….insyaallah, akan dilaksanakan!
Satu perkara yang menariknya saya diberitahu yang nama saya in the list yang achieved Jakarta Challenge……Alhamdulillah! Walaupun tak jauh…dekat je tapi yang penting kita lepas…bermaksud ada usaha yang jelas kat situ. Pergi atau tidak tu…belum tau lagi! Passport lak tu dah expired….nak kena sediakan RM300 tu nak renew passport!
Sebenarnya barang siapa yang berusaha keras untuk mencapai sesuatu matlamat…Insyaallah akan tercapai. Saya tetap ingat kata-kata yang disampaikan oleh CC Zulkafli Sarbini iaitu “Kita akan dapat seperti apa yang kita PILIH untuk fikirkan”. Satu lagi “Whatever the mind of man can conceive & believe, it can achieve”.
Banyak lagi kata-kata beliau yang sentiasa memberi semangat kepada saya. Antaranya yang sering bermain diminda adalah “Bila matlamat JELAS, halangan akan mengecil”. Terimakasih Tuan Zul…anda memang hebat!
Jakarta Menggamit Kedatangan MAA Takaful
Petang tadi CC Zainudin Telimik from Banting call confirmkan. Dan dia juga ajak pergi sebab tak ada kengkawan katanya….tak ramai kengkawan yang lepas Jakarta rupanya. Mungkin sebab mereka fokus kepada satu lagi contest dalam MAA Assurance kot! Tapi bagi saya kenapa saya perlu achieve dalam contest ini kerana ini adalah julung-julung kali (1st in history) diadakan dalam MAA Takaful, jadi kenalah rebut peluang ini. Orang yang tak nak rebut peluang ini adalah orang yang rugi. Dah lah dapat convention percuma, dapat lagi RM200. Dapat lak dinner kat sana nanti…….hishhh…rugi kalau tak pergi ni!
Memang bila sampai email dari HQ petang tadi, bila tengok list nama yang achieved, tak ramai kengkawan yang lepas…anyway sekalung tahniah kepada nama-nama besar dalam MAA seperti CC Zulkafli Sarbini, CC Zamrie Baba, CC Cikgu Raman, CC Din Telimik, MC Shahril serta MC Nasir Musa yang achieved ke Jakarta……
Tapi sayang sekali, consultant dibawah ZY Wawasan Consultancy tak ada pun yang akan mengiringi saya ke Jakarta. Apalah yang korang buat masa bulan okt ~ dis 2007 yang lepas? Sedih juga…kekadang tu terfikir selalu….takkan segalanya salah aku sbb anak buah tak lepas? Tapi saya yakin jawapan yang pasti adalah kita selalu tak FOKUS. Kenapa? Sebab kurang BERDISIPLIN? Kenapa? Sebab tak nak ubah SIKAP!
Saya menyeru kepada semua consultant saya, marilah kita sama-sama mengubah sikap & cara kita berfikir kepada yang lebih positif. Cuba anda ingat….mesti anda pernah beberapa kali dalam satu masa didatangi oleh orang minta sedekah (sambil tu jual tisu). Mungkin yang first tu kita bagi seringgit tapi bagaimana yang kedua, ketiga & seterusnya. Apa yang kita fikir? Banyak benda yang negatif yang kita fikirkan…betul? Sebenarnya itulah ujian dari Allah buat kita….kena fikir positif! Entah-entah kita ni kurang berzakat ke, kurang bersedekah ke, masa pergi solat jumaat kita tak hulur ke kat masjid tu! Tu sebab orang tu datang kat kita. Maka ingatlah….ALWAYS THINK POSITIVE, WHATEVER THINGS COME TO YOU, WHATEVER PROBLEM THAT YOU FACING!
Hari ini, peluang tetap ada untuk kita mencipta sejarah. Dlm MAA Assurance ada Angkor Wat Challenge & dalam MAA Takaful ada Batam Challenge. Jangan pandang remeh kedua-duanya tu…semuanya membolehkan kita berduit banyak. Nak atau tidak pergi soal kedua, yang penting kita bebas dari masalah kewangan. Anda achieve anda berduit banyak. Saya doakan setiap ahli dalam ZY WAWASAN CONSULTANCY berjaya mencapai target ini…Insyaallah!
Filed under: Business